Tarekat/Tariqat/Tariqah Naqshbandiyah/Naqsyabandiyah merupakan salah satu tarekat sufi yang paling luas penyebaran nya, dan terdapat banyak di wilayah Asia Muslim serta Turki, Bosnia-Herzegovina, dan wilayah Dagestan, Russia.
Bermula di Bukhara pada akhir abad ke-14,
Naqsyabandiyah mulai menyebar ke daerah-daerah tetangga dunia Muslim
dalam waktu seratus tahun. Perluasannya mendapat dorongan baru dengan
munculnya cabang Mujaddidiyah, dinamai menurut nama Syekh Ahmad Sirhindi Mujaddidi Alf-i Tsani ("Pembaru Milenium kedua"). Pada akhir abad ke-18, nama ini hampir sinonim dengan tarekat tersebut di seluruh Asia Selatan, wilayah Utsmaniyah, dan sebagian besar Asia Tengah.
Ciri yang menonjol dari Tarekat Naqsyabandiyah adalah diikutinya
syari'at secara ketat, keseriusan dalam beribadah menyebabkan penolakan
terhadap musik dan tari, serta lebih mengutamakan berdzikir dalam hati, dan kecenderungannya semakin kuat ke arah keterlibatan dalam politik (meskipun tidak konsisten).
Kata Naqsyabandiyah/Naqsyabandi/Naqshbandi نقشبندی berasal dari Bahasa Arab iaitu Murakab Bina-i dua kalimah Naqsh dan Band yang bererti suatu ukiran yang terpateri, atau mungkin juga dari Bahasa Persia, atau diambil dari nama pendirinya yaitu Baha-ud-Din Naqshband Bukhari.
Sebagian orang menerjemahkan kata tersebut sebagai "pembuat gambar",
"pembuat hiasan". Sebagian lagi menerjemahkannya sebagai "Jalan Rantai",
atau "Rantai Emas". Perlu dicatat pula bahwa dalam Tarekat
Naqsyabandiyah, silsilah spiritualnya kepada Nabi Muhammad adalah
melalui khalifah Hadhrat Sayyidina Abu Bakar Radhiyallahu 'Anhu,
sementara kebanyakan tarekat-tarekat lain silsilahnya melalui khalifah
Hadhrat Sayyidina Ali bin Abu Thalib Karramallahu Wajhahu.
== PENDIRI TARIQAT NAQSHBANDIYAH ==
BELIAU adalah Imam Tariqat Hadhrat Khwajah Khwajahgan Sayyid Shah
Muhammad Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih,
dilahirkan pada bulan Muharram tahun 717 Hijrah bersamaan 1317 Masihi
iaitu pada abad ke 8 Hijrah bersamaan dengan abad ke 14 Masihi di sebuah
perkampungan bernama Qasrul ‘Arifan berdekatan Bukhara. Ia menerima
pendidikan awal Tariqat secara Zahir dari gurunya Hadhrat Sayyid
Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih dan seterusnya menerima
rahsia-rahsia Tariqat dan Khilafat dari Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir
Kullal Rahmatullah ‘alaih. Ia menerima limpahan Faidhz dari Hadhrat Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menerusi Hadhrat
Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yang
telah 200 tahun mendahuluinya secara Uwaisiyah.
Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata: Pada suatu hari aku
dan sahabatku sedang bermuraqabah, lalu pintu langit terbuka dan
gambaran Musyahadah hadir kepadaku lalu aku mendengar satu suara
berkata, “Tidakkah cukup bagimu untuk meninggalkan mereka yang lain dan
hadir ke Hadhrat Kami secara berseorangan?”
Suara itu menakutkanku hingga menyebabkan aku lari keluar dari
rumah. Aku berlari ke sebuah sungai dan terjun ke dalamnya. Aku
membasuh pakaianku lalu mendirikan Sholat dua raka’at dalam keadaan yang
tidak pernah aku alami, dengan merasakan seolah-olah aku sedang
bersalat dalam kehadiranNya. Segala-galanya terbuka dalam hatiku secara
Kashaf. Seluruh alam lenyap dan aku tidak menyedari sesuatu yang lain
melainkan bersalat dalam kehadiranNya.
Aku telah ditanya pada permulaan penarikan tersebut, “Mengapa kau ingin memasuki jalan ini?”
Aku menjawab, “Supaya apa sahaja yang aku katakan dan kehendaki akan terjadi.”
Aku dijawab, “Itu tidak akan berlaku. Apa sahaja yang Kami katakan dan apa sahaja yang Kami kehendaki itulah yang akan terjadi.”
Dan aku pun berkata, “Aku tidak dapat menerimanya, aku mesti
diizinkan untuk mengatakan dan melakukan apa sahaja yang aku kehendaki,
ataupun aku tidak mahu jalan ini.”
Lalu daku menerima jawapan, “Tidak! Apa sahaja yang Kami mahu ianya
diperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahu ianya dilakukan itulah yang
mesti dikatakan dan dilakukan.”
Dan daku sekali lagi berkata, “Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja yang ku lakukan adalah apa yang mesti berlaku.”
Lalu daku ditinggalkan keseorangan selama lima belas hari sehingga
daku mengalami kesedihan dan tekanan yang hebat, kemudian daku mendengar
satu suara, “Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau mahukan, Kami akan
berikan.”
Daku amat gembira lalu berkata, “Aku mahu diberikan suatu jalan
Tariqat yang akan menerajui sesiapa jua yang menempuhnya terus ke
Hadhrat Yang Maha Suci.” Dan daku telah mengalami Musyahadah yang hebat
dan mendengar suara berkata, “Dikau telah diberikan apa yang telah dikau
minta.”
Beliau telah menerima limpahan Keruhanian dan prinsip dasar Tariqat
Naqshbandiyah dari Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih yang terdiri dari lapan perkara iaitu:
Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjuman.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menambah tiga lagi prinsip menjadikannya sebelas iaitu:
Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Jalan
Tariqat kami adalah sangat luarbiasa dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa
(Pegangan Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna dan menuruti
Sunnah Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa daku ke jalan ini
dengan Kekurniaan. Dari awal hingga ke akhir daku hanya menyaksikan
Kekurniaan Allah bukan kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami,
dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan terbuka dengan
menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘Alaihi
Wasallam.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih mempunyai dua orang
Khalifah besar iaitu Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah ‘alaih
dan Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih, pengarang kitab
Risalah Qudsiyyah.
Dia adalah ibarat lautan ilmu yang tak bertepi dan dianugerahkan
dengan mutiara-mutiara hikmah dari Ilmu Laduni. Dia menyucikan hati-hati
manusia dengan lautan amal kebaikan. Dia menghilangkan haus sekelian
Ruh dengan air dari pancuran Ruhaniahnya.
Dia amat dikenali oleh sekelian penduduk di langit dan di bumi. Dia
ibarat bintang yang bergemerlapan yang dihiasi dengan mahkota petunjuk.
Dia mensucikan Ruh-Ruh manusia tanpa pengecualian menerusi napasnya yang
suci. Dia memikul cahaya Kenabian dan pemelihara Syari’at Muhammadiyah
serta rahsia-rahsia MUHAMMADUR RASULULLAH.
Cahaya petunjuknya menerangi segala kegelapan kejahilan Raja-raja dan
orang awam sehingga mereka pun datang berdiri di pintu rumahnya. Cahaya
petunjuknya juga meliputi seluruh Timur dan Barat, Utara dan Selatan.
Dia adalah Ghauts, Sultanul Auliya dan rantai bagi sekelian permata
Ruhani.
Semoga Allah Merahmatinya Dan Mengurniakan Limpahan Fakalan Kepada Kita. Amin.
KEKHUSUSAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH
HADHRAT Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan salah seorang dari Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah telah berkata di dalam surat-suratnya yang
terhimpun di dalam Maktubat Imam Rabbani, “Ketahuilah bahawa Tariqat
yang paling Aqrab dan Asbaq dan Aufaq dan Autsaq dan Aslam dan Ahkam dan
Asdaq dan Aula dan A’la dan Ajal dan Arfa’ dan Akmal dan Ajmal adalah
Tariqah ‘Aliyah Naqshbandiyah, semoga Allah Ta’ala mensucikan roh-roh
ahlinya dan mensucikan rahsia-rahsia Para Masyaikhnya. Mereka mencapai
darjat yang tinggi dengan berpegang dan menuruti Sunnah Baginda Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menjauhkan dari perkara Bida’ah serta
menempuh jalan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka berjaya mencapai
kehadiran limpahan Allah secara berterusan dan syuhud serta mencapai
maqam kesempurnaan dan mendahului mereka yang lain.”
Adapun Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah ‘alaih
telah menerangkan kelebihan dan keunggulan Tariqah Naqshbandiyah dengan
beberapa lafaz yang ringkas dan padat adalah menerusi pengalaman
keruhaniannya. Ia merupakan seorang pembaharu agama (Mujaddid/Reformer)
pada abad ke 11 Hijrah. Sebelum beliau menerima Silsilah Naqshbandiyah
beliau telah menempuh beberapa jalan Tariqat seperti Chishtiyah,
Qadiriyah, Suhrawardiyah, Kubrawiyah dan beberapa Tariqat yang lain
dengan cemerlang serta memperolehi Khilafah dan Sanad Ijazah. Ia telah
menerima Tariqat Silsilah ‘Aliyah Khwajahganiyah Naqshbandiyah dari
gurunya Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah Rahmatullah ‘alaih.
Beliau telah berpendapat bahawa dari kesemua jalan Tariqat, yang
paling mudah dan paling berfaedah adalah Tariqat Naqshbandiyah dan telah
memilihnya serta telah menunjukkan jalan ini kepada para penuntut
kebenaran.
“Allahumma Ajzahu ‘Anna Jaza An Hasanan Kafiyan Muwaffiyan Li Faidhanihil Faidhi Fil Afaq”
Terjemahan: “Wahai Allah, kurniakanlah kepada kami kurnia yang baik,
cukup lagi mencukupkan dengan limpahan faidhznya yang tersebar di Alam
Maya.”
Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih telah
bersujud selama lima belas hari di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dengan penuh hina dan rendah diri, berdoa memohon kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala agar ditemukan dengan jalan Tariqat yang mudah dan senang
bagi seseorang hamba bagi mencapai Zat Maha Esa. Allah Subhanahu Wa
Ta’ala telah mengkabulkan doanya dan menganugerahkan Tariqat yang khas
ini yang masyhur dengan nisbat Naqshband atau digelar Naqshbandiyah.
Naqsh bererti lukisan, ukiran, peta atau tanda dan Band pula bererti
terpahat, terlekat, tertampal atau terpateri. Naqshband pada maknanya
bererti “Ukiran yang terpahat” dan maksudnya adalah mengukirkan kalimah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala di hati sanubari sehingga ianya benar-benar
terpahat di dalam pandangan mata hati yakni pandangan Basirah. Adalah
dikatakan bahawa Hadhrat Shah Naqshband tekun mengukirkan Kalimah Allah
di dalam hatinya sehingga ukiran kalimah tersebut telah terpahat di
hatinya. Amalan zikir seumpama ini masih diamalkan dalam sebilangan
besar Tariqat Naqshbandiyah iaitu dengan menggambarkan Kalimah Allah
dituliskan pada hati sanubari dengan tinta emas atau perak dan
membayangkan hati itu sedang menyebut Allah Allah sehingga lafaz Allah
itu benar-benar terpahat di lubuk hati.
Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah ini dinisbatkan kepada Hadhrat
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang mana telah
disepakati oleh sekalian ‘Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai
sebaik-baik manusia sesudah Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Asas
Tariqat ini adalah seikhlas hati menuruti Sunnah Nabawiyah dan
menjauhkan diri dari segala jenis Bida’ah merupakan syarat yang lazim.
Tariqat ini mengutamakan Jazbah Suluk yang mana dengan berkat
Tawajjuh seorang Syeikh yang sempurna akan terhasillah kepada seseorang
penuntut itu beberapa Ahwal dan Kaifiat yang dengannya Zauq dan Shauq
penuntut itu bertambah, merasakan kelazatan khas zikir dan ibadat serta
memperolehi ketenangan dan ketenteraman hati. Seseorang yang mengalami
tarikan Jazbah disebut sebagai Majzub.
Dalam Tariqat Naqshbandiyah ini, penghasilan Faidhz dan peningkatan
darjat adalah berdasarkan persahabatan dengan Syeikh dan Tawajjuh
Syeikh. Bersahabat dengan Syeikh hendaklah dilakukan sebagaimana Para
Sahabat berdamping dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Murid hendaklah bersahabat dengan Syeikh dengan penuh
hormat. Sekadar mana kuatnya persahabatan dengan Syeikh, maka dengan
kadar itulah cepatnya seseorang itu akan berjalan menaiki tangga
peningkatan kesempurnaan Ruhaniah. Kaedah penghasilan Faidhz dalam
Tariqat ini adalah sepertimana Para Sahabat menghadiri majlis Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Dengan hanya duduk bersama-sama menghadiri majlis Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang berkat dengan hati yang
benar dan ikhlas serta penuh cinta biarpun hanya sekali, orang yang
hadir itu akan mencapai kesempurnaan iman pada maqam yang tertinggi.
Begitulah keadaannya apabila seseorang itu hadir dan berkhidmat dalam
majlis Hadharat Naqshbandiyah, dengan hati yang benar dan ikhlas, orang
yang hadir itu akan dapat merasakan maqam Syuhud dan ‘Irfan yang hanya
akan diperolehi setelah begitu lama menuruti jalan-jalan Tariqat yang
lain.
Kerana itulah Para Akabirin Naqshbandiyah Rahimahumullah mengatakan
bahawa, “Tariqat kami pada ‘Ain hakikatnya merupakan Tariqat Para
Sahabat”.
Dan dikatakan juga, “Dar Tariqah Ma Mahrumi Nest Wa Har Keh Mahrum
Ast Dar Tariqah Ma Na Khwahad Aamad.” Yang bermaksud, “Dalam Tariqat
kami sesiapa pun tidak diharamkan dan barangsiapa yang telah diharamkan
dalam Tariqat kami pasti tidak akan dapat datang.”
Yakni barangsiapa yang menuruti Tariqat kami, dia takkan diharamkan
dari menurutinya dan barangsiapa yang Taqdir Allah semenjak azali lagi
telah diharamkan dari menuruti jalan ini, mereka itu sekali-kali takkan
dapat menurutinya.
Di dalam Tariqat Naqshbandiyah, Dawam Hudhur dan Agahi (sentiasa
berjaga-jaga) menduduki maqam yang suci yang mana di sisi Para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dikenali sebagai Ihsan dan menurut istilah
Para Sufiyah ianya disebut Musyahadah, Syuhud, Yad Dasyat atau ‘Ainul
Yaqin. Ianya merupakan hakikat:
“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Nya”.
PERKEMBANGAN TARIQAT NAQSHBANDIYAH
ADAPUN gelaran nama Naqshbandiyah ini mula masyhur di zaman Hadhrat
Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih. Menurut Hadhrat Syeikh
Najmuddin Amin Al-Kurdi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Tanwirul
Qulub bahawa nama Tariqat Naqshbandiyah ini berbeda-beda menurut zaman.
Di zaman Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu
sehingga ke zaman Hadhrat Syeikh Taifur Bin ‘Isa Bin Abu Yazid Bustami
Rahmatullah ‘alaih dinamakan sebagai Shiddiqiyyah dan amalan khususnya
adalah Zikir Khafi.
Di zaman Hadhrat Syeikh Taifur bin ‘Isa bin Abu Yazid Bustami
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dinamakan Taifuriyah
dan tema khusus yang ditampilkan adalah Cinta dan Ma’rifat.
Kemudian di zaman Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah
Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini
dinamakan sebagai Khwajahganiyah. Pada zaman tersebut Tariqat ini telah
diperkuatkan dengan lapan prinsip asas Tariqat yaitu Yad Kard, Baz
Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar
Dar Watan dan Khalwat Dar Anjuman.
Kemudian pada zaman Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah Shah Muhammad
Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat
Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ini mulai masyhur
dengan nama Naqshbandiyah. Hadhrat Imam At-Tariqah Khwajah Shah
Muhammad Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menambah tiga asas
sebagai penambahan dari Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yaitu Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf
Zamani.
Pada zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih
sehingga ke zaman Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dikenali dengan nama Ahrariyah
sehinggalah ke zaman Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah Rahmatullah
‘alaih.
Bermula dari zaman Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini pada awalnya dikenali sebagai
Mujaddidiyah dan ilmu tentang Lataif Fauqaniyah dan Daerah Muraqabah pun
diperkenalkan. Semenjak itu Tariqat ini mulai dikenali dengan nama
Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah ke zaman Hadhrat Mirza Mazhar Jan
Janan Syahid Rahmatullah ‘alaih.
Kemudian Tariqat ini dikenali dengan nama Mazhariyah sehingga ke
zaman Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih.
Pada zaman Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih, seorang Syeikh dari Baghdad yang bernama Hadhrat
Syeikh Dhziauddin Muhammad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah
‘alaih telah datang ke Delhi sekembalinya beliau dari Makkah untuk
berbai’ah dengan Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘alaih setelah beliau menerima isyarah dari Ruhaniah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
untuk mengambil Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini dan
beliau telah membawanya ke negara Timur Tengah.
Hadhrat Syeikh Dhziauddin Muhammad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih pada awalnya memperkenalkan amalan Suluk yaitu Khalwat
Saghirah dan Tariqat ini kemudian dikenali sebagai Naqshbandiyah Khalidiyah
di Timur Tengah khususnya di Makkah dan tersebar di kalangan jemaah Haji
dari rantau Nusantara dan tersebarlah ia di serata Tanah Melayu dan
Indonesia. Walaubagaimanapun di Tanah Hindi, Tariqat ini masih dikenali
sebagai Tariqat Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Adapun Para Masyaikh Mutaakhirin yang datang sesudah itu sering
menambahkan nama nisbat mereka sendiri untuk membedakan Silsilah antara
satu dengan yang lain seperti Naqshbandiyah Khalidiyah dan Naqshbandiyah
Mujaddidiyah. Silsilah Naqshbandiyah ini telah berkembang biak dari
Barat hingga ke Timur. Meskipun Silsilah ini telah dikenali dengan
beberapa nama yang berbeda, namun ikatan keruhanian dari rantaian emas
yang telah dipelopori oleh Hadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu
Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu akan tetap berjalan sehingga ke Hari
Qiyamat menerusi keberkatan yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
kurniakan kepada sekelian Para Masyaikh yang ditugaskan menyambung
Silsilah ini.
Dalam perjalanan mencapai kebenaran yang hakiki, terdapat dua kaedah
jalan yang biasa diperkenalkan oleh Para Masyaikh Tariqat, iaitu sama
ada sesebuah Tariqat itu menuruti Tariqat Nafsani ataupun Tariqat
Ruhani.
Tariqat Nafsani mengambil jalan pendekatan dengan mentarbiyahkan Nafs
dan menundukkan keakuan diri. Nafs atau keakuan diri ini adalah sifat
Ego yang ada dalam diri seseorang. Nafs dididik bagi menyelamatkan Ruh
dan jalan Tariqat Nafsani ini amat sukar dan berat kerana Salik perlu
melakukan segala yang berlawanan dengan kehendak Nafs. Ianya merupakan
suatu perang Jihad dalam diri seseorang Mukmin.
Tariqat Ruhani adalah
lebih mudah yang mana pada mula-mula sekali Ruh akan disucikan tanpa
menghiraukan tentang keadaan Nafs. Setelah Ruh disucikan dan telah
mengenali hakikat dirinya yang sebenar, maka Nafs atau Egonya dengan
secara terpaksa maupun tidak, perlu menuruti dan mentaati Ruh.
Kebanyakan jalan Tariqat yang terdahulu menggunakan pendekatan
Tariqat Nafsani, namun berbeda dengan Para Masyaikh Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah, mereka menggunakan pendekatan Tariqat Ruhani yaitu dengan
mentarbiyah dan mensucikan Ruh Para Murid mereka terlebih dahulu,
seterusnya barulah mensucikan Nafs.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memimpin kita ke jalan Tariqat yang
Haq, yang akan membawa kita atas landasan Siratul Mustaqim sepertimana
yang telah dikurniakanNya nikmat tersebut kepada Para Nabi, Para
Siddiqin, Para Syuhada dan Para Salihin. Mudah-mudahan dengan menuruti
Tariqat yang Haq itu dapat menjadikan kita insan yang bertaqwa, beriman
dan menyerah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Seorang Penyair Sufi pernah berkata,
Al –‘Ajzu ‘An Darakil Idraki Idraku, Wal Waqfu Fi Turuqil Akhyari Isyraku.
Seseorang yang berasa lemah dari mendapat kefahaman adalah seorang
yang mengerti; Dan berhenti dalam menjalani perjalanan orang-orang yang
berkebaikan adalah suatu Syirik.
Riwayat Tariqah
TARIQAT atau Tariqah merupakan intipati pelajaran Ilmu Tasawwuf yang
mana dengannya seseorang itu dapat menyucikan dirinya dari segala
sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaq yang
terpuji. Ia juga merupakan Batin bagi Syari’at yang mana dengannya
seseorang itu dapat memahami hakikat amalan-amalan Salih di dalam Agama
Islam.
Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju
Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu
Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal
Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan
diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan
yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi
Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan
Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa
Ashabihi Wasallam.
Kemudian ilmu ini dikurniakan secara khusus oleh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada dua orang
Sahabatnya yang unggul iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan
Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma. Melalui
mereka berdualah berkembangnya sekelian Silsilah Tariqat yang muktabar
di atas muka bumi sehingga ke hari ini.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
juga mengaruniakan Ilmu Keruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman
Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu.
Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, seorang Tabi’in yang bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani
Radhiyallahu ‘Anhu juga telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke
Makkah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zaman
yang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.
Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa
Rahmatullah ‘Alaih telah membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai
ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu
boleh menerima limpahan Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh
Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.
Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan bahawa di zaman
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni
Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan perhimpunan
jemaah-jemaah dimana upacara Bai’ah dilakukan dan majlis-majlis zikir pun turut diadakan.
Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan, aliran, cara, garis,
kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan, mazhab, sistem kepercayaan dan
agama. Berasaskan tiga huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh
yang menyatakan bahawa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti Redha dan Qaf
bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat ialah Taraiq atau Turuq yang
bererti tenunan dari bulu yang berukuran 4 hingga 8 hasta dan
dipertautkan sehelai demi sehelai. Tariqat juga bererti garisan pada
sesuatu seperti garis-garis yang terdapat pada telur dan menurut
Al-Laits Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah,
atau pada jenis-jenis pakaian.
Ijazah seorang Syekh dalam silsilah tarekat
Dalam tasawuf, seperti dalam setiap disiplin Islam yang serius
seperti fiqh, tajwid, dan hadis, seorang murid harus memiliki master
atau 'syekh' dari siapa mengambil pengetahuan, orang yang dirinya telah
diambil dari master, dan begitu pada, dalam rantai master terus kembali
kepada Nabi (sallallahu `alaihi wa sallam) yang adalah sumber segala
pengetahuan Islam. Dalam tradisi Sufi, ini berarti tidak hanya bahwa
Syekh ini telah bertemu dan mengambil tarekat dari master, tetapi bahwa
guru selama hidupnya telah secara eksplisit dan diverifikasi
diinvestasikan murid - baik secara tertulis atau di depan sejumlah saksi
- untuk mengajarkan jalan spiritual sebagai master berwenang (murshid
ma'dhun) untuk generasi murid penerus.
Silsila tersebut transmisi dari garis lurus dari master adalah salah
satu kriteria yang membedakan jalan sufi yang benar 'berhubungan'
(tarekat muttasila), dari jalan 'diputus' tidak otentik atau, (tarekat
munqati'a). Pemimpin jalan yang diputus bisa mengklaim sebagai syekh
berdasarkan izin yang diberikan oleh Syeikh dalam keadaan diverifikasi
pribadi atau lainnya, atau oleh seorang tokoh yang telah meningal dunia
ini, seperti salah satu dari orang soleh atau Nabi sendiri (sallallahu
`alaihi wa sallam), atau dalam mimpi, dan sebagainya. Praktek ini hanya
"menghangatkan hati" (biha yusta'nasu) tetapi tidak memenuhi kondisi
tasawuf yang seorang Syekh harus memiliki otorisasi ijazah
yang jelas menghubungkan dia dengan Nabi (sallallahu `alaihi wa
sallam), salah satu yang bisa diverifikasi oleh orang lain daripada
dirinya sendiri. Banyak kebohongan diberitahu oleh orang-orang, dan
tanpa otorisasi atau ijazah yang bisa diverifikasi oleh publik, tarekat
akan dikompromikan oleh mereka.
Silsilah Tariqah
SETIAP hari sewaktu terbit dan sebelum terbenam matahari, bacalah
"A'uzubillahi Minash-Syaitanir Rajim", lalu membaca "Bismillahir
Rahmanir Rahim" dan "Surah Al-Fatihah" sekali dan "Surah Al-Ikhlas"
sebanyak 3 kali beserta "Bismillahir Rahmanir Rahim", kemudian
dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekalian Ruhaniyah Para
Masyaikh Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah seperti berikut:
"Ya Allah, telah ku hadiahkan seumpama pahala bacaan Fatihah dan Qul
Huwa Allah kepada sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh Akabirin Silsilah
'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah." Seterusnya membaca Syajarah
Tayyibah ini pada setiap waktu tersebut.
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
- 1. Syafi'ul Muznibin Rahmatan lil 'Alamin Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
- 2. Khalifah Rasulullah Hadhrat Abu Bakar Siddiq Radhiyallahu 'Anhu.
- 3. Sahibi Rasulullah Hadhrat Salman Farisi Radhiyallahu 'Anhu.
- 4. Hadhrat Qosim bin Muhammad bin Abi Bakar Radhiyallahu 'Anhum.
- 5. Hadhrat Imam Ja'afar Sadiq Radhiyallahu 'Anhu.
- 6. Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami Rahmatullah 'alaihi.
- 7. Hadhrat Khwajah Abul Hassan Kharqani Rahmatullah 'alaihi.
- 8. Hadhrat Khwajah Abu 'Ali Faramadi Rahmatullah 'alaihi.
- 9. Hadhrat Khwajah Yusof Hamdani Rahmatullah 'alaihi.
- 10. Hadhrat Khwajah 'Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah 'alaihi.
- 11. Hadhrat Khwajah 'Arif Riwagari Rahmatullah 'alaihi.
- 12. Hadhrat Khwajah Mahmud Anjir Faghnawi Rahmatullah 'alaihi.
- 13. Hadhrat Khwajah 'Azizan 'Ali Ramitani Rahmatullah 'alaihi.
- 14. Hadhrat Khwajah Muhammad Baba Sammasi Rahmatullah 'alaih.
- 15. Hadhrat Khwajah Sayyid Amir Kullal Rahmatullah 'alaihi.
- 16. Hadhrat Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah 'alaihi.
- 17. Hadhrat Khwajah 'Alauddin 'Attar Rahmatullah 'alaihi.
- 18. Hadhrat Khwajah Ya'qub Carkhi Rahmatullah 'alaihi.
- 19. Hadhrat Khwajah 'Ubaidullah Ahrar Rahmatullah 'alaihi.
- 20. Hadhrat Khwajah Muhammad Zahid Rahmatullah 'alaihi.
- 21. Hadhrat Khwajah Darwish Muhammad Rahmatullah 'alaihi.
- 22. Hadhrat Maulana Khwajah Amkangi Rahmatullah 'alaihi.
- 23. Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah Rahmatullah 'alaihi.
- 24. Hadhrat Khwajah Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'alaihi.
- 25. Hadhrat Khwajah Muhammad Ma'sum Rahmatullah 'alaihi.
- 26. Hadhrat Khwajah Syeikh Saifuddin Rahmatullah 'alaihi.
- 27. Hadhrat Khwajah Sayyid Nur Muhammad Budayuni Rahmatullah 'alaihi.
- 28. Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah 'alaihi.
- 29. Hadhrat Maulana Khwajah Shah ‘Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'alaihi.
- 30. Hadhrat Khwajah Shah Abu Sa’id Rahmatullah 'alaihi.
- 31. Hadhrat Khwajah Shah Ahmad Sa'id Rahmatullah 'alaihi.
- 32. Hadhrat Khwajah Haji Dost Muhammad Qandahari Rahmatullah 'alaihi.
- 33. Hadhrat Khwajah Haji Muhammad 'Utsman Rahmatullah 'alaihi.
- 34. Hadhrat Khwajah Haji Muhammad Sirajuddin Rahmatullah 'alaihi.
- 35. Hadhrat Khwajah Maulana Abu Sa'ad Ahmad Khan Rahmatullah 'alaihi.
- 36. Hadhrat Khwajah Maulana Muhammad 'Abdullah Rahmatullah 'alaihi.
- 37. Hadhrat Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhul 'Ali.
- 38. Hadhrat Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi.
- 39. Bar Faqir Haqir, Khak Paey Buzurgan, La Syai Miskin ........................……………………..'Ufiya 'Anhu Par, Raham Farma Wa Muhabbat Wa Ma'rifat Wa Jam'iyat Zahiri Wa Batini Wa 'Afiyati Darain Wa Bahrahi Kamil Az Fuyudzi Wa Barkati In Buzurgan Rozi Ma Kun. Robbana Tawaffana Muslimin, Wa Alhiqna Bissolihin.
Ya Tuhan kami, matikanlah kami sebagai Muslim dan sertakanlah kami bersama Para Salihin.
AJARAN ASAS NAQSHBANDIYAH
TARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsip asasnya yang tersendiri yang
telah diasaskan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh ‘Abdul
Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih. Ia telah meletakkan lapan
prinsip asas ini sebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah. Prinsip-prinsip
ini dinyatakannya dalam sebutan bahasa Parsi dan mengandungi pengertian
dan pangajaran yang amat tinggi nilainya. Adapun prinsip-prinsipnya
adalah seperti berikut:
- 1. Yad Kard
- 2. Baz Gasht
- 3. Nigah Dasyat
- 4. Yad Dasyat
- 5. Hosh Dar Dam
- 6. Nazar Bar Qadam
- 7. Safar Dar Watan
- 8. Khalwat Dar Anjuman
Hadhrat Syeikh Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih yang merupakan
sahabat, khalifah dan penulis riwayat Hadhrat Maulana Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa
ajaran Tariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih berkenaan zikir dan ajaran lapan prinsip asas
seperti yang dinyatakan di atas turut dianuti dan diamalkan oleh 40
jenis Tariqat. Tariqat lain menjadikan asas ini sebagai panduan kepada
jalan kebenaran yang mulia iaitu jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan
meninggalkan sebarang bentuk Bida’ah dan bermujahadah melawan hawa
nafsu. Kerana itulah Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq
Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mencapai ketinggian Ruhani dan menjadi
seorang Mahaguru Tariqat dan penghulu pemimpin keruhanian pada zamannya.
1. YAD KARD
Yad berarti ingat yakni Zikir. Perkataan Kard pula bagi menyatakan
kata kerja bagi ingat yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad
Kard bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan
hati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah ditalqinkan dengan
zikir hendaklah senantiasa sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.
Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang akan
membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh
akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun
Zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid hendaklah
melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa menyibukkan
dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada
dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun berjalan,
hendaklah sentiasa berzikir.
Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah
ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai
zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah.
Murid hendaklah berzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak 24
ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.
Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak lima
ribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga tujuh
puluh ribu kali sehari semalam.
Seterusnya murid hendaklah mengkhabarkan segala pengalaman
Ruhaniahnya kepada Syeikh apabila menerima Warid tersebut. Begitulah
pada setiap Latifah, murid hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya pada
kesemua Latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh sehingga tercapainya
Warid. Mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalah
dengan berzikir menghadirkan hati ke Hadhrat ZatNya.
Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan pada setiap Latifah dengan sempurna,
Syeikh akan mentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbat iaitu kalimah LA ILAHA
ILLA ALLAH yang perlu dilakukan sama ada secara Lisani iaitu menerusi
lidah atau secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.
Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurut kaifiyatnya. Syeikh akan
menentukan dalam bentuk apa sesuatu zikir itu perlu dilakukan. Yang
penting bagi Salik adalah menyibukkan diri dengan zikir yang telah
ditalqinkan oleh Syeikh sama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi
Itsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan hati dan lidah dengan
menyebut Allah Allah iaitu nama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemua
Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang mulia serta dengan menyebut Zikir
Nafi Itsbat menerusi kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengan
sebanyak-banyaknya. Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sehingga
dia mencapai kejernihan hati dan tenggelam di dalam Muraqabah. Murid
hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat sebanyak 5 ribu ke 10 ribu kali
setiap hari bagi menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut akan
membersihkan hati dan membawa seseorang itu kepada Musyahadah.
Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin Naqshbandiyah, seseorang murid
yang baru itu hendaklah menutup kedua matanya, menutup mulutnya,
merapatkan giginya, menongkatkan lidahnya ke langit-langit dan menahan
napasnya. Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan hatinya bermula
dari kalimah Nafi dan seterusnya kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi
murid yang telah lama hendaklah membukakan kedua matanya dan tidak perlu
menahan napasnya.
Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yang bererti Tiada, dia hendaklah
menarik kalimah LA ini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak.
Apabila kalimah LA mencapai otak, ucapkan pula kalimah ILAHA di dalam
hati yang bererti Tuhan. Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahu
kanan sambil menyebut ILLA yang bererti Melainkan, lalu menghentakkan
kalimah Itsbat iaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktu menghentakkan
kalimah ALLAH ke arah Qalb, hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan
itu mengenai kesemua Lataif di dalam tubuh badan.
Zikir yang sebanyak-banyaknya akan membawa seseorang Salik itu
mencapai kepada kehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara Zihni yakni
di dalam pikiran. Salik hendaklah berzikir dalam setiap napas yang
keluar dan masuk. Yad Kard merupakan amalan dipikiran yang bertujuan
pikiran hendaklah sentiasa menggesa diri supaya sentiasa ingat kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melakukan zikir bagi mengingati ZatNya.
Pekerjaan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah suatu
amalan yang tiada batas dan had. Ianya boleh dikerjakan pada sebarang
keadaan, masa dan tempat. Hendaklah sentiasa memperhatikan napas supaya
setiap napas yang keluar dan masuk itu disertai ingatan terhadap Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
2. BAZ GASHT
Baz Gasht berarti kembali. Menurut Para Masyaikh, maksudnya ialah
seseorang yang melakukan zikir dengan menggunakan lidah hati menyebut
Allah Allah dan LA ILAHA ILLA ALLAH, begitulah juga setelah itu
hendaklah mengucapkan di dalam hati dengan penuh khusyuk dan merendahkan
diri akan ucapan ini:
“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”
Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulah maksudku dan keredhaanMu tuntutanku, kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”
Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, ucapan ini akan meningkatkan tahap kesedaran kepada kewujudan
dan Keesaan Zat Tuhan, sehingga dia mencapai suatu tahap dimana
segala kewujudan makhluk terhapus pada pandangan matanya. Apa yang
dilihatnya walau ke mana jua dia memandang, yang dilihatnya hanyalah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ucapan kata-kata ini juga memberikan kita
pengertian bahawa hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menjadi maksud
dan tujuan kita dan tidak ada tujuan lain selain untuk mendapatkan
keredhaanNya. Salik hendaklah mengucapkan kalimah ini bagi menghuraikan
segala rahsia Keesaan Zat Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan
hakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan zikir kalimah ini meskipun
tidak merasakan sebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetap meneruskan
zikir kalimah tersebut sebagai menuruti anjuran Syeikhnya.
Makna Baz Gasht ialah kembali kepada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha
Mulia dengan menunjukkan penyerahan yang sempurna, mentaati segala
kehendakNya dan merendahkan diri dengan sempurna dalam memuji ZatNya.
Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi seperti yang diamalkan oleh
Para Akabirin Naqshabandiyah Mujaddidiyah adalah seperti berikut:
“Khudawandah, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu, Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Baraey Tu, Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”
Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalah Engkau dan keredaanMu,
telahku lepaskan Dunia dan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah Cinta dan
Makrifat ZatMu.”
Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak memahami hakikat kebenaran
ucapan kata-kata ini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya kerana
menyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyuk dan merendahkan diri
akan menambahkan lagi pemahamannya dan secara sedikit demi sedikit Salik
itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan tersebut dan Insya Allah
akan merasai kesannya. Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah menyatakan dalam doanya, “Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika Ya
Mazkur.” Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan hak mengingatiMu
secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang sepatutnya diingati.”
Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir ke Hadhrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala menerusi zikirnya dan tidak akan dapat mencapai Musyahadah
terhadap rahsia-rahsia dan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menerusi zikirnya jika dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
terhadap dirinya.
Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir dengan kemampuan dirinya
bahkan dia hendaklah sentiasa menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala
lah yang sedang berzikir menerusi dirinya. Hadhrat Maulana Syeikh Abu
Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Apabila daku mencapai
ZatNya, daku melihat bahawa ingatanNya terhadap diriku mendahului
ingatanku terhadap diriNya.”
3. NIGAH DASYAT
Nigah berarti menjaga, mengawasi, memelihara dan Dasyat pula berarti
melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya ialah seseorang Salik
itu sewaktu melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara hati dari
sebarang khatrah lintasan hati dan was-was Syaitan dengan
bersungguh-sungguh. Jangan biarkan khayalan kedukaan memberi kesan
kepada hati.
Setiap hari hendaklah melapangkan masa selama sejam ke dua jam
ataupun lebih untuk memelihara hati dari segala ingatan selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Selain DiriNya, jangan ada sebarang khayalan pada
pikiran dan hati. Lakukan latihan ini sehingga segala sesuatu selain
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadi lenyap.
Nigah Dasyat juga bermakna seseorang Salik itu mesti memperhatikan
hatinya dan menjaganya dengan menghindarkan sebarang ingatan yang buruk
masuk ke dalam hati. Ingatan dan keinginan yang buruk akan menjauhkan
hati dari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesufian yang sebenar
adalah daya untuk memelihara hati dari ingatan yang buruk dan
memeliharanya dari sebarang keinginan yang rendah. Seseorang yang
benar-benar mengenali hatinya akan dapat mengenali Tuhannya. Di dalam
Tariqat Naqshbandiyah ini, seseorang Salik yang dapat memelihara hatinya
dari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minit adalah merupakan suatu
pencapaian yang besar dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufi
yang benar.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih
menyatakan di dalam kitabnya Idhahut Tariqah bahawa, “Nigah Dasyat
adalah merupakan syarat ketika berzikir, bahawa ketika berzikir
hendaklah menghentikan segala khayalan serta was-was dan apabila
sebarang khayalan yang selain Allah terlintas di dalam hati maka pada
waktu itu juga hendaklah dia menjauhkannya supaya khayalan Ghairullah
tidak menduduki hati.”
Hadhrat Maulana Syeikh Abul Hassan Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Telah berlalu 40 tahun dimana
Allah sentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiada sesiapa pun
kecuali DiriNya dan tiada ruang bilik di dalam hatiku untuk selain dari
Allah.”
Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani Rahmatullah ‘alaih pernah
berkata, “Aku menjadi penjaga di pintu hatiku selama 40 tahun dan aku
tidak pernah membukanya kepada sesiapa pun kecuali Allah Subhanahu Wa
Ta’ala sehinggakan hatiku tidak mengenali sesiapapun kecuali Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.”
Seorang Syeikh Sufi pernah berkata, “Oleh kerana aku telah menjaga
hatiku selama sepuluh malam, hatiku telah menjagaku selama dua puluh
tahun.”
4. YAD DASYAT
Yad Dasyat berarti mengingat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan
bersungguh-sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapai Dawam Hudhur
yakni kehadiran Zat Allah secara kekal berterusan dan berada dalam
keadaan berjaga-jaga memperhatikan limpahan Faidhz dari sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran ini diibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat
dan merupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah.
Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang berzikir itu memelihara
hatinya pada setiap penafian dan pengitsbatan di dalam setiap napas
tanpa meninggalkan Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya
menghendaki agar Salik memelihara hatinya di dalam Kehadiran Kesucian
Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara berterusan. Ini untuk
membolehkannya agar dapat merasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya
Zat Yang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-Zatil-Ahadiyah.
Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih,
Yad Dasyat merupakan istilah Para Sufi bagi menerangkan keadaan maqam
Syuhud atau Musyahadah yang juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau
Dawam Hudhur dan Dawam Agahi.
Di zaman para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in ianya disebut
sebagai Ihsan. Ia merupakan suatu maksud di dalam Tariqah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah bagi menghasilkan Dawam Hudhur dan Dawam Agahi dengan
Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di samping itu berpegang
dengan ‘Aqidah yang sahih menurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan
melazimkan diri beramal menuruti Sunnah Nabawiyah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.
Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini iaitu tetap
mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
dan menuruti Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupun
meninggalkan salah satu darinya maka dia adalah terkeluar dari jalan
Tariqat Naqshbandiyah, Na’uzu Billahi Minha!
5. HOSH DAR DAM
Hosh berarti sadar, Dar berarti dalam dan Dam berarti napas, yakni
sadar dalam napas. Seseorang Salik itu hendaklah berada dalam kesedaran
bahawa setiap napasnya yang keluar masuk mestilah beserta kesedaran
terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati menjadi lalai
dan leka dari kesedaran terhadap Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Dalam
setiap napas hendaklah menyedari kehadiran ZatNya.
Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih bahawa, “Seseorang Salik yang benar hendaklah menjaga
dan memelihara napasnya dari kelalaian pada setiap kali masuk dan
keluarnya napas serta menetapkan hatinya sentiasa berada dalam Kehadiran
Kesucian ZatNya dan dia hendaklah memperbaharukan napasnya dengan
ibadah dan khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada Tuhannya
seluruh kehidupan, kerana setiap napas yang disedut dan dihembus beserta
KehadiranNya adalah hidup dan berhubung dengan Kehadiran ZatNya Yang
Suci. Setiap napas yang disedut dan dihembus dengan kelalaian adalah
mati dan terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang Suci.”
Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih
berkata, “Maksud utama seseorang Salik di dalam Tariqah ini adalah untuk
menjaga napasnya dan seseorang yang tidak dapat menjaga napasnya dengan
baik maka dikatakan kepadanya bahawa dia telah kehilangan dirinya.”
Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-Kubra Rahmatullah ‘alaih
berkta dalam kitabnya Fawatihul Jamal bahawa, “Zikir adalah sentiasa
berjalan di dalam tubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhi
keperluan napas mereka biarpun tanpa kehendak sebagai tanda ketaatan
yang merupakan sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi pernapasan
mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama Allah Yang Maha Suci berada dalam
setiap napas yang keluar masuk dan ianya merupakan tanda kewujudan Zat
Yang Maha Ghaib sebagai menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan. Maka
itu amatlah perlu berada dalam kesedaran dan hadir dalam setiap napas
sebagai langkah untuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.”
Nama Allah yang mewakili kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama
dan Sifat-Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empat huruf iaitu
Alif, Lam, Lam dan Ha.
Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak adalah Allah Yang Maha Suci
lagi Maha Mulia KetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusi huruf
yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu huruf Ha. Huruf tersebut apabila
ditemukan dengan huruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha yang memberikan
makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kata ganti diri. Bunyi sebutan Ha itu
sebagai menampilkan dan menyatakan bukti kewujudan Zat DiriNya Yang
Ghaib Mutlak (Ghaibul Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa Jalla). Huruf
Lam yang pertama adalah bermaksud Ta‘arif atau pengenalan dan huruf Lam
yang kedua pula adalah bermaksud Muballaghah yakni pengkhususan. Menjaga
dan memelihara hati dari kelalaian akan membawa seseorang itu kepada
kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan Kehadiran Zat akan
membawanya kepada kesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaan Musyahadah
akan membawanya kepada kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh Sembilan
Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seterusnya Allah akan membawanya kepada
penzahiran kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-Sifat
Allah dan Sifat-SifatNya yang lain kerana adalah dikatakan bahawa Sifat
Allah itu adalah sebanyak napas-napas manusia.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih menegaskan bahawa hendaklah
mengingati Allah pada setiap kali keluar masuk napas dan di antara
keduanya yakni masa di antara udara disedut masuk dan dihembus keluar
dan masa di antara udara dihembus keluar dan disedut masuk. Terdapat
empat ruang untuk diisikan dengan Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh Dar
Dam yakni bezikir secara sedar dalam napas. Zikir dalam pernapasan juga
dikenali sebagai Paas Anfas di kalangan Ahli Tariqat Chistiyah.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqat ini
dibina berasaskan napas, maka adalah wajib bagi setiap orang untuk
menjaga napasnya pada waktu menghirup napas dan menghembuskan napas dan
seterusnya menjaga napasnya pada waktu di antara menghirup dan
menghembuskan napas.”
Udara Masuk - Allah Allah Antara - Allah Allah Udara Keluar - Allah Allah Antara - Allah Allah
Perlu diketahui bahawa menjaga napas dari kelalaian adalah amat sukar
bagi seseorang Salik, lantaran itu mereka hendaklah menjaganya dengan
memohon Istighfar yakni keampunan kerana memohon Istighfar akan
menyucikan hatinya dan mensucikan napasnya dan menyediakan dirinya untuk
menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasi Allah Subhanahu Wa Ta’ala di
mana-mana jua.
6. NAZAR BAR QADAM
Nazar berarti memandang, Bar berarti pada, dan Qadam pula berarti
kaki. Seseorang Salik itu ketika berjalan hendaklah sentiasa memandang
ke arah kakinya dan jangan melebihkan pandangannya ke tempat lain dan
setiap kali ketika duduk hendaklah sentiasa memandang ke hadapan sambil
merendahkan pandangan. Jangan menoleh ke kiri dan ke kanan karena ianya
akan menimbulkan fasad yang besar dalam dirinya dan akan menghalangnya
dari mencapai maksud.
Nazar Bar Qadam bermakna ketika seseorang Salik itu sedang berjalan,
dia hendaklah tetap memperhatikan langkah kakinya. Di mana jua dia
hendak meletakkan kakinya, matanya juga perlu memandang ke arah
tersebut. Tidak dibolehkan baginya melemparkan pandangannya ke sana
sini, memandang kiri dan kanan ataupun di hadapannya kerana pandangan
yang tidak baik akan menghijabkan hatinya.
Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi kerana bayangan gambaran
yang dipindahkan dari pandangan penglihatan mata ke otak sewaktu
menjalani kehidupan seharian. Ini akan mengganggu hati dan menimbulkan
keinginan memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti yang telah
tergambar di ruangan otak. Gambaran-gambaran ini merupakan hijab-hijab
bagi hati dan ianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang Maha Suci.
Kerana itulah Para Masyaikh melarang murid mereka yang telah
menyucikan hati mereka menerusi zikir yang berterusan dari memandang ke
tempat yang selain dari kaki mereka. Hati mereka ibarat cermin yang
menerima dan memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini akan
mengganggu mereka dan akan menyebabkan kekotoran hati.
Maka itu, Salik diarahkan agar merendahkan pandangan supaya mereka
tidak terkena panahan dari panahan Syaitan. Merendahkan pandangan juga
menjadi tanda kerendahan diri. Orang yang bongkak dan sombong tidak
memandang ke arah kaki mereka ketika berjalan. Ia juga merupakan tanda
bagi seseorang yang menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika berjalan tidak
menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya melihat ke arah kakinya, bergerak
dengan pantas menuju ke arah destinasinya. Pengertian batin yang
dituntut dari prinsip ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan
pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang mana apa jua maqam yang
terpandang olehnya maka dengan secepat yang mungkin kakinya juga segera
sampai pada kedudukan maqam tersebut. Ia juga menjadi tanda ketinggian
darjat seseorang yang mana dia tidak memandang kepada sesuatu pun
kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorang yang hendak lekas menuju kepada
tujuannya, begitulah seorang Salik yang menuju Kehadhrat Tuhan hendaklah
lekas-lekas bergerak, dengan cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri
dan ke kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu duniawi sebaliknya hanya
memandang ke arah mencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.
Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnya yang ke-259 di
dalam Maktubat, “Pandangan mendahului langkah dan langkah menuruti
pandangan. Mi’raj ke maqam yang tinggi didahului dengan pandangan
Basirah kemudian diikuti dengan langkah. Apabila langkah telah mencapai
Mi’raj tempat yang dipandang, maka kemudian pandangan akan diangkat ke
suatu maqam yang lain yang mana langkah perlu menurutinya. Kemudian
pandangan akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi dan langkah akan
menurutinya. Begitulah seterusnya sehingga pandangan mencapai maqam
kesempurnaan yang mana langkahnya akan diberhentikan. Kami katakan
bahawa, apabila langkah menuruti pandangan, murid telah mencapai maqam
kesediaan untuk menuruti jejak langkah Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah merupakan sumber
asal bagi segala langkah.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Jika kita
memandang kesalahan sahabat-sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa
sahabat kerana tiada seorang juapun yang sempurna.”
7. SAFAR DAR WATAN
Safar berarti menjelajah, berjalan atau bersiar, Dar berarti dalam
dan Watan berarti kampung. Safar Dar Watan bermakna berjalan-jalan dalam
kampung dirinya yakni kembali berjalan menuju Tuhan. Seseorang Salik itu
hendaklah menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia Yang Maha
Pencipta.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
bersabda yang mafhumnya, “Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu hal
keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baik dan dari suatu maqam ke
suatu maqam yang lebih baik.”
Salik hendaklah berpindah dari kehendak hawa nafsu yang dilarang
kepada kehendak untuk berada dalam Kehadiran ZatNya. Dia hendaklah
berusaha meninggalkan segala sifat-sifat Basyariyah (Kemanusiawian) yang
tidak baik dan meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat Malakutiyah
(Kemalaikatan) yang terdiri dari sepuluh maqam yaitu:
[1] Taubat
[2] Inabat
[3] Sabar
[4] Syukur
[5] Qana’ah
[6] Wara’
[7] Taqwa
[8] Taslim
[9] Tawakkal
[10] Redha.
Para Masyaikh membagikan perjalanan ini kepada dua kategori yaitu
Sair Afaqi yakni Perjalanan Luar dan Sair Anfusi yakni Perjalanan
Dalam. Perjalanan Luar adalah perjalanan dari suatu tempat ke suatu
tempat mencari seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya dan
akan menunjukkan jalan ke tempat yang dimaksudkannya. hal Ini sekaligus memperbolehkannya untuk melakukan Perjalanan Dalam.
Seseorang Salik apabila dia sudah menemui seorang pembimbing Ruhani
yang sempurna bagi dirinya adalah dilarang dari melakukan Perjalanan
Luaran. Pada Perjalanan Luar ini terdapat berbagai kesukaran yang mana
seseorang yang baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak, pasti akan
terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang, kerana mereka adalah lemah
dalam menunaikan ibadah mereka.
Perjalanan yang bersifat dalam pula menghendaki agar seseorang
Salik itu meninggalkan segala tabiat yang buruk dan membawa adab tertib
yang baik ke dalam dirinya serta mengeluarkan dari hatinya segala
keinginan Duniawi. Dia akan diangkat dari suatu maqam yang kotor zulmat
ke suatu maqam kesucian. Pada waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan
Perjalanan Luar. Hatinya telah dibersihkan dan menjadikannya suci seperti air, jernih seperti kaca, bersih bagaikan cermin lalu
menunjukkannya hakikat setiap segala suatu urusan yang penting dalam
kehidupan sehariannya tanpa memerlukan sebarang tindakan yang bersifat
luaran bagi pihak dirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apa yang
diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dan kehidupan mereka yang berada
di sampingnya.
Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah
berkata, “Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk dengan sesuatu selain
Allah dan khayalan yang buruk menjadi semakin kuat maka limpahan Faidhz
Ilahi menjadi sukar untuk dicapai oleh Batin. Jesteru itu dengan
kalimah LA ILAHA hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu
sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu mengucapkan LA ILAHA
hendaklah menafikan hasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAH
hendaklah mengikrarkan cinta dan kasih sayang di dalam hati. Begitulah
ketika melakukan zikir Nafi Itsbat dengan sebanyak-banyaknya lalu
menghadap kepada Allah dengan rasa hina dan rendah diri bagi
menghapuskan segala keburukan diri sehinggalah keburukan dirinya itu
benar-benar terhapus. Begitulah juga terhadap segala rintangan Batin,
ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya Tasfiyah dan Tazkiyah.
Latihan ini merupakan salah satu dari maksud Safar Dar Watan.”
8. KHALWAT DAR ANJUMAN
Khalwat berarti bersendirian dan Anjuman berarti khalayak ramai, maka
pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir,
Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Terdapat dua jenis khalwat yaitu Khalwat Luar atau disebut sebagai
Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan Khalwat Dalam atau disebut
sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai
Jalwat. Khalwat Luar menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di
tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian
Salik menumpukan kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai
penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir pikir dan semua deria luaran
difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran
dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan
membawa kepada Khalwat Dalam.
Khalwat Dalam bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati
Salik hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk
sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa
seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam
hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia,
dia tidak mendengar suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan Khalwat
Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan
berzikir itu mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang
menariknya membuatkannya tidak menghiraukan segala sesuatu yang lain
kecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yang tertinggi dan
dianggap sebagai khalwat yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat
Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:
Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh
jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan
dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan
penglihatan menjadi goncang.
"Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un ‘An Zikrillah," bermaksud
para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari
mengingati Allah. Inilah merupakan jalan Tariqat Naqshbandiyah. Hadhrat
Khwajah Shah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telah ditanyakan
orang bahawa apakah yang menjadi asas bagi Tariqatnya?
Beliau menjawab, “Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni zahir berada
bersama Khalaq dan batin hidup bersama Haq serta menempuh kehidupan
dengan menganggap bahawa Khalaq mempunyai hubungan dengan Tuhan. Sebagai
Salik dia tidak boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya yang
hakiki.”
Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Padaku terdapat dua sisi. Satu sisiku
menghadap ke arah Penciptaku dan satu sisi lagi menghadap ke arah
makhluk ciptaan.”
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaih berkata, “Tariqatuna
As-Suhbah Wal Khayru Fil Jam’iyyat.” Yang bererti, “Jalan Tariqah kami
adalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itu dalam jemaah Jam’iyat.”
Khalwat yang utama di sisi Para Masyaikh Naqshbandiyah adalah Khalwat
Dalam karana mereka sentiasa berada bersama Tuhan mereka dan pada
masa yang sama mereka berada bersama dengan manusia. Adalah dikatakan
bahawa seseorang beriman yang dapat bercampur gaul dengan manusia dan
menanggung berbagai masaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dari
orang beriman yang menghindarkan dirinya dari manusia.
Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Perlulah
diketahui bahawa Salik pada permulaan jalannya mungkin menggunakan
khalwat luaran untuk mengasingkan dirinya dari manusia, beribadat dan
bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapai
tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia akan dinasihatkan
oleh Syeikhnya seperti kata-kata Sayyid Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih
iaitu kesempurnaan bukanlah dalam mempamerkan karamah yang hebat-hebat
tetapi kesempurnaan yang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia,
berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan zuriat dan dalam pada itu
sekali-kali tidak meninggalkan Kehadiran Allah walaupun seketika.”
Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih
berkata, “Daripada masamu, jangan ada sebarang waktu pun yang engkau
tidak berzikir dan bertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran Allah Ta’ala
dan bertemulah dengan manusia dan berzikirlah walaupun berada di dalam
keramaian dan sentiasa berjaga-jaga memperhatikan limpahan Allah.”
Berkata Penyair, "Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi
hatiku memperhatikan waridnya, Biarpun di waktu sekali kerdipan mata
namun diriku sekali-kali tidak leka, Boleh jadi Dia sedang
memperhatikanmu dan dikau tidak memperhatikannya."
Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar Anjuman yaitu Kainun Haqiqat Wa
Bainun Surat yakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dan tubuh badan
bersama makhluk ciptaan Tuhan. Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi
Kain Bain. Kelapan-lapan asas Tariqat ini diperkenalkan oleh Hadhrat
Khwajah Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan menjadi ikutan 40
Tariqat yang lain dan sehingga ke hari ini menjadi asas yang teguh
untuk seseorang hamba Allah kembali menuju kepada Tuhannya.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah ‘alaihi telah menerima
kedelapan asas Tariqat ini dari Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq
Ghujduwani dan beliau telah menambahkan tiga asas Tariqat yaitu Wuquf
Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani menjadikannya sebelas asas.
Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman; Yad Kard Yad Dasyat. Nazar Bar Qadam Safar Dar Watan; Baz Gasht Nigah Dasyat.
Sentiasalah sadar dalam napas ketika berkhalwat bersama khalayak;
Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-sungguh.
Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung; Sekembalinya
dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh.
Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi Dawam Agahi.
Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa sadar berjaga-jaga.
TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND
HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih merupakan Imam
bagi Tariqat Naqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqat yang terkemuka.
Ia telah mengukuhkan lagi jalan ini dengan tiga prinsip penting dalam
Zikir Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asas yang telah
dikemukakan oleh Hadhrat Khwajah Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq
Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih yaitu:
1. WUQUF QALBI
Mengarahkan penumpuan terhadap hati dan hati pula mengarahkan
penumpuan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan
keadaan. Sama ada dalam keadaan berdiri, berbaring, berjalan maupun
duduk. Hendaklah bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap bertawajjuh
ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi
zikir.
Kedudukan Qalbi ini adalah pada kedudukan dua jari di bawah tetek
kiri dan kedudukan ini hendaklah sentiasa diberikan penumpuan dan
Tawajjuh. Bayangan limpahan Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan
melimpah pada Qalbi dalam pandangan batin.
Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafi yakni suatu bentuk zikir yang
tersembunyi dan tidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakan suatu
kaedah zikir yang rahasia.
2. WUQUF ‘ADADI
Sentiasa memperhatikan bilangan ganjil ketika melakukan zikir Nafi
Itsbat. Zikir Nafi Itsbat ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan
di dalam hati menurut kaifiyatnya. Dalam melakukan zikir Nafi Itsbat
ini, Salik hendaklah sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya
itu dengan memastikannya dalam jumlah bilangan yang ganjil iaitu 7 atau 9
atau 19 atau 21 atau 23 atau sebarang bilangan yang ganjil.
Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjil mempunyai rahsia yang tertentu
kerana Allah adalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil dan ianya
akan menghasilkan ilmu tentang Rahsia Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah
Naqshband Rahmatullah ‘alaih, “Memelihara bilangan di dalam zikir
adalah langkah pertama dalam menghasilkan Ilmu Laduni.”
Memelihara bilangan bukanlah untuk jumlahnya semata-mata bahkan ianya
untuk memelihara hati dari ingatan selain Allah dan sebagai asbab untuk
memberikan lebih penumpuan dalam usahanya untuk menyempurnakan zikir
yang telah diberikan oleh Guru Murshidnya.
3. WUQUF ZAMANI
Setiap kali selepas menunaikan Solat, hendaklah bertawajjuh kepada
hati dan sentiasa memastikan hati dalam keadaan bertawajjuh kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukan selama beberapa menit sebelum bangkit dari
tempat Solat. Kemudian setelah selang beberapa jam hendaklah memperhatikan pula keadaan hati untuk memastikannya sentiasa dalam keadaan mengingati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Murid itu telah naik ke
peringkat menengah dalam bidang Keruhanian maka dia hendaklah selalu
memeriksa keadaan hatinya sekali pada tiap-tiap satu jam untuk
mengetahui sama ada dia ingat ataupun lalai kepada Allah dalam masa-masa
tersebut. Jika dia lalai maka hendaklah dia beristighfar dan berazam
untuk menghapuskan kelalaian itu pada masa akan datang sehinggalah dia
mencapai peringkat Dawam Hudhur atau Dawam Agahi iaitu peringkat hati
yang sentiasa hadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.
Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dari Hadhrat Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih dalam membimbing sekelian para murid dan
pengikutnya dan terus menjadi amalan yang tetap dalam Tariqat
Naqshbandiyah.
Beberapa tokoh Tariqat Naqshbandiyah
- Imam Tariqah Shah Muhammad Bahauddin Naqshband Al-Uwaisi Al-Bukhari
- Syekh Shohibul Faroji Azmatkhan Ba'alawi Al-Husaini
- Syaikhul Masyaikh Khwajah Khwajahgan Pir Piran Maulana Khwajah Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiah
- Maulana Ameer Muhammad Akram Awan
- Imam Shamil
- Jami
- Shaykh Said Afandi al-Chirkawi
- Shaikh Abdul Wahab Babussalam Langkat[1]
- Shaikh Umar bin Muhammad Batu Pahat[2]
- Shaikh Imam Hj Ishaq bin Hj Muhammad 'Arif al-Jawi[3]
- Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi An-Naqshabandi[4]
- Shaikh Ma'aruf Lengging
- Shaykh Nazim al-Qubrusi
- Abdullah Fa'izi ad-Daghestani
- Syaikh Al Waasi Achmad Syaechudin
- Shaykh Muhammad Hisham Kabbani
- Professor Sibghatullah Mojaddedi
- Haji Soofi Masood Ahmad Siddiqui Lasani Sarkar
- Ahmet Kayhan Dede
- Abdullah Isa Neil Dougan
- Irina Tweedie
- Idries Shah
- Muchsin Al-Hinduan
- Omar Ali Shah
- Hadhrat Mawlânâ Khâlid-i Baghdâdî
- Hazrat Mujadid Abdul Wahab Siddiqi
- Shaykh Faiz-ul-Aqtab Siddiqi
- Syed Abdullah Shah Naqshbandi
- Mohammed Amin Kuftaro
- Khalid al-Baghdadi
- Mukhsin Bin Ali Al-Hinduan
- Hadrat Syaikh Muhammad Irfa'i Nahrawi An Naqsyabandie QS[5]
- Prof.Dr.Sayyidi Syaikh Kadirun Yahya MA An Naqsyabandy Al Khalidy QS
- Faqir Maulawi Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Naqshbandi Mujaddidi
- Hazrat Nachrawi An-Naqsyabandie QS
- Syeikh Raja Ashman Shah an-Naqshabandi
- Sheikh Nursy Al-Naqsyabandiah
- Sheikh Abdul Wahab b. Abdul Manaf ALKholidi, cicit Sheikh Abdul Wahab Rokan ALKholidi (Mursyid di Jerlun, Kuala Kangsar)
Beberapa tokoh Tariqat Naqshbandiyah Indonesia
1. Hadrat Syech Ahmad Shohibulwafa Tajjul Ariefin (Abah Anom) Ibni
Sayyidii Syech Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) Nulinggih
di Patapan Kajembaran Rahmaniyah Suryalaya Pagerageung Tasikmalaya Jawa Barat Indonesia 2. 'Yang di muliakan Allah Tuan Guru Dr Syekh Salman Daim'
Mursyid Tareqat Naqsbandiyah Alkholidiyah Jalaliyah Bandr Tinggi
Sumatera Utara Indonesia 3. Tn Guru SM Karimuddin, Mursyid Pondok
Pesantren Darul Hikmah Bahjoga 4. KH Muhammad Arifin Syah MPd, Mursyid
pondok pesantren Nurul Hidayah, Sibargot. 5. SM Andra Najmu Assyihab,Pimpinan pondok pesantren Darul Maimanah,Manuk dadali, Sibolga..